PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT...MASLIA ZAINI 0183833635

DIGITAL CLOCK

Wednesday 5 August 2015

Sambal petai udang special

Assalamualaikum...
Wanita zaman moden ni ikutkan besar tanggungjawab nak jaga keperluan keluarga dan ada juga yang bekerja membantu suami...

Mesti stress kan hari hari nak fikir menu yang nak dimasak... Kekadang bila dah terfikir pulak bahan bahan tak cukup...hihi

So liya nak share masakan yang simple dan paling penting jimat masa dan sedap....ooppsss terlebih sudah...terlebih mengarut sudah jangan terlebih garam pulak yea ladies...

Hari ini nak share masakan sambal udang petai... Memandangkan sekarang ni musim petai...tak susah nak dapatkan petai... Banyak dijual ditepi tepi jalan....

Bahan bahan:-
Petai  ( ikut selera lau suka boleh lebihkan)
Udang yang telah dikopek
Udang kering segengam (basuh dan tumbuk hingga halus)

Bahan bahan kisar:-
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 5 ulas
Bawang kecil 3 biji
Cili kering ( ikut selera kepedasan)
Sedikit belacan

1. Mula mula panaskan minyak dan masukan udang kering yang telah ditumbuk halus...goreng sehingga kekuningan.
2. Kemudian masukan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
3. Apabila sambal sudah pecah minyak, masukan pula udang yang telah dikopek
4. Kemudian masukan petai dan tumis sehingga naik bau dan sambal agak kemerahan gelap
5. Akhir sekali bubuh sedikit garam dan gula secukup rasa...


Ini la dia sambal petai udang.... Petai sangat bagus untuk kesihatan walaupon bau nya yang sedikit kuat... Bagi penggemar petai selamat mencuba yea...

P/s:  Selepas makan sambal petai ini jika ingin membuang air jirus la air sebanyak mungkin untuk menghilangkan bau... Atau boleh letak pewangi

Selamat mencuba dan menjamu selera.... Sekian 

No comments:

Post a Comment