PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT...MASLIA ZAINI 0183833635

DIGITAL CLOCK

Tuesday 26 January 2016

Dugaan yang tak dapat dielakkan....

Assalamualaikum uolls.......

Eeerrrrmmmmm.......
Bukan nak mengadu atau menunjuk tapi sekadar ingin berkongsi........

Ikutka sehingga hari ini liya masih terasa traumanya bila fikirkan accident yang berlaku pada hari itu walaupon hal ini sudah selesai.....

Pada 25/1/2016 lebih kurang pukul 2.30 petang liya seperti biasa bersama anak anak dan ayah liya on the way ke kedai....... Ikutkan pada hari itu adalah public holiday sambutan hari thaipusam bagi kaum hindu....... So en asben cuti .... Anak sulung liya ni manja sikit dengan daddynya.... So if daddy cuti iman (anak sulung liya) pon request tak nak gi kedai nak duduk ngan daddynya....

Pada hari itu pon iman macam tu jugak tapi pelik juga after last minute iman tengok atuknya start kereta iman pon berlari kearah atuknya dan suruh atuknya tunggu.... Nak ikut katanya... So liya pon terpaksa la tergesa gesa siapkan susu dan pampers anak anak liya... Terpaksa ikut sekali takut iman tak de orang jaga....

Siapa sangka itu semua petunjuk dari yang maha kuasa..... Bila kereta yang dipandu ayah liya nak masuk simpang ke kedai dalam sekelip mata tetiba liya nampak sebuah motor yang dipandu laju seperti hilang kawalan..... Liya pon menjerit ingatkan ayah liya tak nampak rupa rupanya ayah liya nampak dan sempat emergency brek....

Tetiba dengar bunyi berdetum yang kuat jugak la..... Nasib baik anak anak liya sempat liya pegang..... Liya san ayah pon panik dan tergamam sekejap sebelum keluar untuk tengok keadaan penunggang motosikal itu....

Bila liya keluar dan nampak penunggang masih sedar tetapi meraung kesakitan liya pon segera berlari kearah pondok polis bantuan yang berada di depan persimpangan yang Liya nak masuk tadi untuk meminta bantuan menelefon ambulan....

Yang bestnya belum sempat nak menelefon penunggang yang meraung sakit tadi dah pon bangun dengan bantuan ayah liya..... Rupa rupanya penunggang tersebut mabuk di siang hari dan nyaris nyaris meragut nyawanya sendiri..... Syukur liya dan family tak apa apa hanya liya rasa sedikit trauma ...... Liya nak report tapi memandangkan kerosakan yang dialami kereta liya sikit aje dan abang kepada penunggang itu bayar gantirugi dan tak payah buat report katanya..... So liya pon bertolak ansur.....

Ikutkan nak buat report kerana ingin memberi sedikit pengajaran kepada penunggang itu yang tindakan penunggang itu yang memandu secara laju dan mabuk boleh memyebabkan kecederaan kepada orang lain selain dirinya sendiri.......

Ini la yang dikatakan kemalangan yang tidak dapat dielakkan dan bertapa besarnya kuasa tuhan...... Syukur alhamdulillah masih diberi peluang bernafas dimuka bumi ini.....

No comments:

Post a Comment