PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT...MASLIA ZAINI 0183833635

DIGITAL CLOCK

Thursday 25 June 2015

Resepi udang goreng pedas

Assalamualaikum...... Salam ramadhan....pejam celik pejam celik dah masuk ramadhan ke lapan...
Rasa cam cepat saje masa berlalu.....pertama sekali liya nak ucapkan terima kasih kerana sudi singgah di blog liya ni...

Haa... Cakap pasal ramadhan....... Mesti ramai diantara uolls semua terfikir fikir nak masak juadah apa untuk berbuka....

Liya sebenarnya nak kongsi resepi udang goreng pedas dengan uolls.... Nak kata liya pakar tentang masakan tidak la.... Hanya sekadar nak kongsi jee resepi ni...




Ini la dia udang goreng pedas.....sebenarnya nampak biasa jee tapi bila makan tu jadi luar biasa....sedap hinggakan boleh tambah berpinggan pinggan nasi....hihi
Over la liya ni kan....☺️☺️☺️☺️☺️

Resepi sangat senang.....
1. Bersihkan udang, buang kepala sekali tau...toskan bagi kering
2. Gaulkan udang tadi dengan secubit garam dan kunyit.....
3. Potong bawang kecil nipis dan tumbuk 10 batang cili api bergantung kalau nak lagi pedas lebihkan 
    Cili...
4. Panaskan minyak dalam kuali goreng udang yang dah diperap tadi..... Bila udang dah hampir 
    Masak, masukan bawang dan cili goreng sekali dengan udang sehingga garing.....
5. Kemudian bila dah garing masukan sedikit maggie seasoning......
6. Gaul sekali kemudian angkat dan toskan minyak yang berlebihan.....


Macammana uolls rasa resepi liya ni.....senang kan...
Selamat mencuba.....

Sebarang pertanyaan boleh la hubungi liya..... 0183833635

No comments:

Post a Comment